
Menurut hakim Mahkamah Sesyen Shamsudin Abdullah, pihak pembela gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.
“Kata-katanya berkecenderungan untuk menghasut dan menimbulkan kebencian terhadap kerajaan dan badan kehakiman. Tertuduh perlu menjalani hukuman penjara bermula hari ini (Khamis),” katanya.
Mahkamah membenarkan permohonan menangguhkan pelaksanaan hukuman ke atas pendakwah agama itu tetapi menaikkan jumlah jaminan daripada RM1,000 kepada RM5,000.
Pendakwaan dibuat oleh Timbalan Pendakwa Raya Julia Ibrahim manakala bekas pemimpin Pemuda PAS pula diwakili oleh peguam Ariff Hazami Hussin.
Tujuh saksi memberi keterangan semasa perbicaraan, lima daripadanya adalah pihak pendakwaan.
Fakhrulrazi memanggil dua saksi, iaitu dirinya dan Adun Teja, Chang Lih Kang.
Sebelum ini, Fakhrulrazi tidak mengaku bersalah bagi pertuduhan di bawah Seksyen 4 (1) (b) Akta Hasutan susulan ucapan pada 21 Februari di hadapan Sogo semasa protes #KitaLawan.
Dia didakwa berkata sistem kehakiman negara dikawal oleh kerajaan.
Pautan:
http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2015/09/08/kitalawan-aktivis-ahli-politik-mengaku-tidak-bersalah/