
Ini bermakna mereka yang merangkul pingat perak akan terima ganjaran RM500,000, manakala pemenang pingat gangsa akan terima RM300,000 untuk pencapaian di sukan Olimpik di Rio baru-baru ini.
Najib, yang menyambut kepulangan wira Malaysia di Kompleks Bunga Raya hari ini berkata kejayaan di Brazil bukan pengakhiran untuk kerja keras.
“Guna kejayaan di Rio sebagai asas untuk kita bergerak ke depan untuk capai kejayaan yang lebih besar. Kita memang boleh!”
Turut hadir Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim.
Di mata Najib, ahli skuad Olimpik adalah “wira dan wirawati negara” walaupun tidak berjaya membawa pulang pingat emas kerana prestasi mereka di Olimpik adalah yang terbaik dalam sejarah negara.
“Mereka bintang kita.”
Najib dan Khairy akan mengadakan bedah siasat untuk melihat bagaimana Putrajaya boleh bantu beri suntikan untuk kemajuan sukan.
Beiau menggesa semua atlit, jurulatih dan persatuan sukan swasta dan awam supaya berdedikasi mengejar kejayaan dalam kesukanan, terutamanya untuk Olimpik 2020 di Tokyo, Jepun.
Najib mahu kesukanan di Malaysia mencapai aras tertinggi kerana ia menghimpunkan rakyat semua bangsa dan agama.
“Pada kita bukan soal warna kulit, soal etnik, atau agama mereka. Mereka wakili kita semua…rakyat Malaysia.”
Di Olimpik baru-baru ini, Malaysia meraih empat pingat perak – tiga untuk badminton, satu untuk menyelam dan satu gangsa untuk berbasikal.