Pakar: Mungkin IS cuba uji keberkesanan pihak keselamatan

Pakar: Mungkin IS cuba uji keberkesanan pihak keselamatan

Kewujudan sel senyap IS di Malaysia bukan rahsia, kata pakar terrorisme Paneir Selvam.

ISIS-sleeper-cells
PETALING JAYA:
IS terbukti pertubuhan yang berpandangan jauh, seolah punyai rancangan untuk semua kemungkinan, yang akan dilaksanakan bila tiba masanya.

Atas sebab itu pihak berkuasa anti-pengganas perlu sentiasa berada dua langkah ke depan, dan bersiap siaga menghadapi pelbagai senario, kata pakar terrorisme R Paneir Selvam.

Beliau mengingatkan supaya berwaspada kerana IS mungkin menyimpan aset terbaik rangkaian itu untuk serangan yang lebih besar dan tersusun.

“Cawangan Khas kita menjalankan kerja yang baik, tetapi ada kemungkinan IS cuma menguji keadaan, untuk melihat sejauh mana keberkesanan pasukan keselamatan kita, dalam masa sama, mengenalpasti kelemahan dan apa yang boleh diperalatkan.

“Serangan sebenar mungkin dijalankan oleh individu yang tidak disangka akan terbabit dalam tindakan terrorisme, seperti tiada latar belakang jenayah, tinggi daya fikir, dan kehidupan yang tampak biasa pada pandangan orang luar.

“Kewujudkan sel senyap IS di Malaysia bukan rahsia,” kata Pengerusi Persatuan Penyelidik Dasar dan Undang-Undang itu kepada FMT.

Bagi menyokong hujahnya, Peneir memetik makalah New York Times yang melaporkan IS mengerahkan militannya pulang ke negara masing-masing sejak dua tahun lalu dan menunggu masa rangkaian itu tidak lagi mampu menjalankan misi di Iraq dan Syria secara berkesan.

Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim semalam berkata polis memerhatikan siswa di kolej swasta yang dipercayai mempromosikan ideologi IS.

Bagaimanapun, Paneir, seorang pensyarah terrorisme di Universiti Help percaya ancaman IS mungkin akan dilakukan oleh mereka yang menetap berhampiran sempadan negara.

“Sempadan kita poros atas faktor tertentu (seperti rasuah dan pesimpati IS). Mudah untuk seludup senjata haram, dan mungkin juga militan.”

Tahun lalu, laporan SB sepanjang 10 tahun mendedahkan 80 peratus pegawai penguatkuasa undang-undang dan keselamatan di sempadan Malaysia korup.

SB melaporkan ramai dalam kalangan pegawai itu terbabit secara langsung dengan sindiket menyeludup dadah, senjata dan manusia.

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.