
Beliau mengakui ia tidak bersalah dari segi hukum agama, namun bimbang anak yang diasuh bukan Islam diresapi ajaran agama lain.
“Dari segi hukum tidak salah, bukan haram bukan makruh majikan beragama Islam mengambil pembantu rumah bukan agama kita,” kata Harussani kepada FMT.
Memberi contoh, beliau berkata pembantu rumah yang mempunyai latar belakang kuat agama Kristian “boleh mempengaruhi anak kita”.
“Dia pandai,” tambahnya.
Harussani berkata umat Islam perlu menggaji pembantu rumah Islam “kerana mereka boleh menjaga dan mendidik anak-anak kita”.
Ia susulan kritikan terhadap Jabatan Imigresen oleh Persatuan Majikan Amah Malaysia (Mama), yang berkata dasar itu menafikan pembantu rumah untuk majikan beragama Islam di kala kekurangan dalam sektor tersebut.
Selain Harussani, dasar itu turut disokong Persatuan Pengguna Islam Malaysia, yang berkata ia bagi menjaga amalan keluarga Islam.
Bagaimanapun, Pengerusi Biro Keharmonian Agama MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker berkata peraturan berlandaskan agama dan kaum boleh menjurus kepada diskriminasi malah akan hanya menyusahkan orang ramai.
Pautan: