Ideas: Uber baik untuk pengguna dan pemandu teksi

Ideas: Uber baik untuk pengguna dan pemandu teksi

Syed Hamid Albar harus dipuji atas usahanya yang menguntungkan pengguna, kata badan pemikir itu.

Wan-Saiful-Wan_uber_grab_teksi_600
PETALING JAYA:
Keputusan membenarkan Uber dan Grabcar beroperasi bukan sahaja menguntungkan pengguna tetapi juga memberi kebaikan kepada pemandu teksi, kata badan pemikir Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas).

Ketua Pengarahnya Wan Saiful Wan Jan berkata keputusan Kabinet itu bijak bagi memastikan pengguna memperoleh perkhidmatan murah dan berkesan.

“Pengiktirafan ini penting bagi memastikan persaingan secara sihat dan adil buat penyedia perkhidmatan,” katanya.

Putrajaya membenarkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengawal konsep e-teksi menjelang akhir tahun ini, dilihat sebagai jalan perkhidmatan Uber dan Grab menjadi sah di sisi undang-undang.

Sebelum itu, SPAD membentangkan 11 inisiatif kepada mesyuarat Kabinety Rabu lalu, mengenai perkhidmatan teksi dan perkongsian perjalanan.

Ia termasuk menyusun semula industri teksi konvensional dan meluaskan perkhidmatan pengangkutan dengan menghalalkan perkhidmatan Uber dan Grab, menurut harian tersebut.

Wan Saiful berkata Pengerusi SPAD Tan Sri Syed Hamid Albar harus dipuji atas usahanya.

Beliau mempersoalkan dakwaan keputusan itu memberi kesan negatif kepada pemandu teksi.

Sebaliknya, Wan Saiful berkata ia memberi dorongan untuk sistem teksi ketika ini menambah baik dan belajar daripada pesaing baharunya.

“Teksi sentiasa diperlukan dan dengan insentif yang sesuai saya yakin mereka mampu bersaing secara sihat,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.