Bangkit Dari Bayangan: Kisah seorang ulama perempuan

Bangkit Dari Bayangan: Kisah seorang ulama perempuan

Dokumentari terbaru Norhayati Kaprawi menonjolkan perjuangan seorang wanita di Indonesia untuk diiktiraf sebagai seorang pemimpin agama.

 

norhayati_Nyai-Masriyah_600
PETALING JAYA:
Dengan restu Tuhan, wanita harus diberi pengiktirafan untuk sama-sama berkuasa seperti lelaki dalam memimpin sekolah atau mempengerusikan mahkamah tinggi, tetapi apa yang disampaikan aktivis tempatan dan pengarah dokumentari Norhayati Kaprawi menunjukkan sebaliknya.

Nyai Masriyah Amva menerajui sebuah sekolah agama di Jawa Barat, Indonesia selepas mengambil alih tampuk pimpinan daripada suaminya yang meninggal dunia.

Kisahnya diceritakan dalam sebuah dokumentari 40 minit oleh Norhayati bertajuk “Bangkit Dari Bayangan” (Rising From The Shadows), yang akan ditayangkan di Freedom Film Fest, festival filem hak asasi manusia, pada 22 Ogos nanti.

“Bangkit Dari Bayangan” memulakan penggambaran pada tahun lalu dan mengambil masa hampir setahun untuk disiapkan, dan ia kemudian ditayangkan di festival filem dokumentari Tokyo Docs di Jepun.

Norhayati berkata Nyai Masriyah buntu kerana selepas kematian suaminya ramai pelajar meninggalkan sekolahnya dan dia pula tidak dapat mencari ulama.

Nyai mengambil langkah mencabar rakyat Indonesia dan stigmanya dengan memutuskan untuk mengambil alih tempat suaminya sebagai ketua sekolah.

“Ia juga alasan yang akan diberikan kepada mereka yang bertindak menentang idea itu,” katanya.

“Suami saya hebat kerana mendapat rahmat Allah. Mengapa saya seorang wanita, tidak boleh mendapat rahmat Allah dan mencapai kejayaan yang sama?,” kata Nyai yang dipetik Norhayati.

“Dia bukan saja mengekalkan sekolah itu, tetapi ia berkembang menjadi lebih besar di bawah kepimpinannya. Bilangan pelajar meningkat dua kali ganda.”

Sekolah itu terletak di bandar pelabuhan Cirebon, mempunyai 700 pelajar lelaki dan 500 pelajar perempuan, dan dikendalikan 20 hingga 30 guru.

Norhayati berkata situasi yang dihadapi Nyai boleh juga berlaku di Malaysia, terutama dalam konteks mahkamah syariah dan mahkamah tinggi.

“Tiada bukti yang menyatakan hakim wanita di mahkamah sivil sebagai satu kekurangan,” kata Norhayati.

“Jadi, mengapa terdapat begitu sedikit hakim wanita di mahkamah tinggi dan mahkamah syariah? Sedangkan peratusan hakim wanita di mahkamah awam jauh lebih menakjubkan.”

Norhayati berkata ini mungkin kerana umum mengandaikan wanita tidak patut menghakimi sesuatu keputusan mahkamah kerana mereka terdedah kepada emosi “tidak stabil” dengan pengaruh kitaran haid.

“Ia salah. Tidak ada bukti yang menyokong andaian itu. Terdapat begitu ramai hakim wanita di mahkamah sivil membicarakan kes pembunuhan dan sebagainya,” katanya.

The Freedom Film Fest akan bermula pada 20 hingga 27 Ogos di PJ Live Arts Theater, Jaya One, Petaling Jaya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.