Sarjana saran kerajaan perkenal matapelajaran kenal agama lain

Sarjana saran kerajaan perkenal matapelajaran kenal agama lain

Dipercayai akan meleraikan kekeliruan agama, memupuk sikap hormat antara penganut dan melindungi warganegara dari "ancaman sekularisasi".

dr-amran
KUALA LUMPUR:
Institut Kajian Strategik dan Islam (ISSI) saran Kementerian Pendidikan mengalakkan “Kenali Agama Lain” di sekolah-sekolah dalam konteks Tamadun.

“Generasi masa depan, dalam hal ini, akan meraikan kepelbagaian mereka,” tambah Ketua Eksekutif ISSI Amran Muhammad dalam satu kenyataan. “Hidup kita kini dalam sebuah desa sejagat tanpa sempadan.”

“Orang kita perlu dilengkapi kemampuan untuk berdepan tamadun-tamadun agung dan rantau lain dunia ini melalui pengetahuan sejarah, pemikiran, budaya dan agama.”

Matapelajaran Tamadun penting untuk mempersiapkan generasi masa depan menghadapi dunia yang serba rencam, tegasnya. Alternatifnya akan menyemai tak berkeyakinan, kecanggungan dan kejutan budaya. Orang kita, katanya, perlu bangga akan identiti diri dan terus merayakan tradisi agama masing-masing.

Kekeliruan agama akan tercegah kerana penjelasan disediakan melalui matapelajaran itu, tambah Azman. Yang lebih penting, ujarnya, matapelajaran Tamadun melindungi rakyat masa depan daripada “ancaman sekularisasi dan kesejagatan”. Ini, dakwanya, “menghapuskan penyataan fitrah dan agama, samada Islam atau lain-lain.”

ISSI mengalu-alukan cadangan Pengerusi Jawatankuasa Mempromosikan Persefahaman dan Keharmonian Antara Penganut Agama (JKMPKA) Datuk Azman Amin Hassan supaya Kementerian Pendidikan memperkenalkan ‘Kenali Agama Lain’ di sekolah-sekolah. Azman berpendapat ia akan membantu pelajar memahami agama-agama yang ada di Malaysia secara mendalam sekaligus memupuk rasa hormat-menghormati antara penganut.

Beliau beri amaran pendekatan doktrinal dan dogmatik akan menjadi perangkap tak terduga yang merbahaya sekiranya dilaksanakan tanpa kebijaksanaan. “Ia akan sebatikan salahfaham dan kekeliruan. Ia akan menyebabkan semua orang rasa gelisah.”

Langkah pertama bermula dengan kursus wajib Tamadun Islam dan Tamadun Asia (Titas) yang wajib di universiti awam. “Kursus ini perlu digunakan sebagai asas untuk menentukan isi kandung matapelajaran Tamadun.”

Bagaimanapun, sebagai amaran, mereka yang tidak punyai pengetahuan dan kepakaran dalam topik ketamadunan tidak akan mampu membuktikan objektiviti dalam pendekatan mereka. “Mereka mungkin akan dilihat berat sebelah.”

Mengiktiraf ketidakpuasan hati ramai terhadap Titas, beliau mencadangkan isi kandungan kursus itu dibaiki. “Ini boleh dilakukan dengan memperkenalkan tema sejagat dan kontemporari seperti ancaman pengganas dan keganasan.”

ISSI percaya ‘Kenali Agama Lain’ harus dibentang dalam konteks ketamadunan yang lebih meluas. Matlamatnya adalah menonjolkan titik pangsi dan pencapaian tamadun-tamadun agung yang terbit daripada pengajaran agama.

Pendekatan itu, katanya, akan mengembleng gabungan pandang tirus sejarah, proses pemikiran, kajian budaya dan pandangan dunia dari kaca mata agama. “Ia akan mengalakkan penghayatan dan kefahaman agama yang lebih mendalam,” kata Azman.

Beliau menyimpulkan Kenali Agama Lain, seperti yang dicadangkan, agak dokrtinal dan dogmatik.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.