Trump‎ jahil, ibu bapa askar Muslim AS serang balik

Trump‎ jahil, ibu bapa askar Muslim AS serang balik

'Watak hitam' Trump terbongkar di hadapan orang ramai justeru Khan berharap keluarga calon Republikan itu akan mengajarnya untuk bersikap empati.

Khizr-Khan
WASHINGTON: Ibu bapa seorang tentera Islam yang terbunuh dalam peperangan di Iraq kecewa dengan sikap jahil calon presiden Republikan, Donald Trump di Konvensyen Kebangsaan Demokratik.

Ghazala Khan, ibu kepada Tentera Darat Amerika Syarikat, Kapten Humayun Khan, mempertahanankan dirinya menerusi surat yang ditulis kepada Washington Post menjelaskan sebab beliau berdiam diri di atas pentas DNC minggu lalu.

“Donald Trump berkata saya mungkin tidak dibenarkan berkata apa-apa. Itu tidak benar,” tulis Ghazala sambil menambah, dia membuat keputusan untuk tidak bercakap pada konvensyen itu kerana masih mengenangkan kematian anaknya pada 2004.

“Apabila Donald Trump bercakap tentang Islam, dia bersikap jahil,” tulisnya.

Khizr Khan, seorang warganegara AS dari Pakistan, seorang Muslim dan bapa kepada wira perang diselar Trump selepas mengecamnya atas larangan membenarkan kemasukan Islam ke dalam Amerika Syarikat.

Ekoran itu, Khizr Khan menjemput Trump untuk membaca semula Perlembagaan Amerika dan melawat kubur tentera Amerika di Perkuburan Nasional Arlington yang terdiri daripada pelbagai latar belakang.

Dalam temu bual yang disiarkan oleh ABC pada Ahad, Trump menimbulkan keraguan disebalik kebisuan isteri Khan.

“Dia berdiri di sana, dia tidak berkata apa-apa atau dia mungkin tidak dibenarkan ataupun tidak mempunyai apa-apa untuk dikatakan,” kata Trump.

Trump pada Ahad lalu dalam tweetnya tentang anak Khan yang meninggal dunia dua belas tahun yang lalu berkata; “Kapten Khan, terbunuh 12 tahun lalu, seorang wira, tetapi kita bercakap mengenai pengganas Islam yang radikal dan kelemahan pemimpin untuk membasminya!”

Kedua-dua Demokrat dan Republikan mengkritik kenyataan Trump terhadap Khan.

Strategis Republikan, Ana Navarro berkata di Twitter, komen Trump tentang Khan adalah “kasar”.

Hillary Clinton, saingan Trump daripada parti Demokratik dalam perhimpunan kempennya pada Sabtu lalu berkata komen Trump tentang Khan adalah sebahagian daripada senarai sejarah panjang orang-orang yang menghina.

Trump dalam tweetnya pula mempersoal jika dia tidak dibenarkan bertindak balas selepas diserang secara ganas oleh Khan di konvensyen tersebut.

“Adakah saya tidak dibenarkan untuk bertindak balas?” tanyanya yang dikatakan turut menukar subjek dengan mengemukakan kenyataan, “Hillary yang mengundi perang Iraq, bukan saya.”

Khizr Khan menerusi CNN mendedahkan pasangan itu menerima sokongan tidak berbelah bahagi selepas tampil di konvensyen itu.

Beliau berkata, ‘watak hitam’ Trump terbongkar di hadapan orang ramai dan berharap keluarga Trump mengajarnya untuk bersikap empati.

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.