Malah beliau percaya perlantikan Datuk Dzulkifli Ahmad sebagai ketua baharu SPRM dan Datuk Seri Mustafar Ali akan melonjakkan keyakinan rakyat.
“Ini membolehkan dua badan ini menjalankan tugas mereka dengan baik dan licin serta memberi keyakinan kepada orang ramai,” katanya dalam sidang media selepas mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO diadakan di Menara Dato Onn, hari ini.
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa hari ini mengumumkan perlantikan tersebut dalam suatu kenyataan media hari ini. Beliau turut memaklumkan permohonan mereka itu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.
Dzulkifli sebelum ini berkhidmat sebagai timbalan pendakwa raya dan mengetuai Pasukan Penguatkuasaan Pemulihan Hasil Negara (NRRET), pasukan yang antara lain turut disertai wakil SPRM, polis, Bank Negara Malaysia dan Jabatan Hasil Dalam Negeri dan Jabatan Kastam.
Sebelum ini, Abu Kassim dilaporkan tidak akan meneruskan perkhidmatannya sebagai ketua pesuruhjaya SPRM mulai 1 Ogos ini atas permintaannya sendiri.
