Kumpul RM134,000 dalam 2 hari bantu warga Malaysia di London

Kumpul RM134,000 dalam 2 hari bantu warga Malaysia di London

Mohamad Sahar sepatutnya berada di London menyambut Hari Raya dan menyertai majlis graduasi anaknya, Amirah Sahar namun terlantar di hospital akibat diserang strok.

strok_london_6001

LONDON:
Dalam masa hanya dua hari, seorang pelajar universiti bersama keluarganya berjaya mengumpul £25,000 (RM134,000) menerusi internet bagi menanggung kos rawatan bapanya yang diserang strok setibanya beliau di London.

Mohamad Sahar Mhd Noor, 57, sepatutnya berada di London untuk menyambut Hari Raya dan menyertai majlis graduasi anaknya, Amirah Sahar, tetapi dikejarkan ke Hospital Charing Cross sejak 4 Julai lalu akibat diserang strok selepas 20 minit keluar dari lapangan terbang.

Bil keseluruhan rawatan bapanya, kerani di Kolej Kemahiran Tinggi Mara, Negeri Sembilan, mencecah £46,000 (RM250,000).

Menurut New Straits Times, majikan Sahar, Mara bersetuju menanggung £30,000 (RM160,000) daripada bil hospital yang masih berjalan sehingga ke hari ini.

Ekoran itu, keluarganya menggunakan laman sosial GoFundMe meminta jasa baik orang awam menderma bagi melangsaikan baki kos serta bil yang masih aktif selain untuk kegunaan urusan membawa pulang bapanya ke Malaysia.

Kemurahan hati orang ramai, dari dalam dan luar negara, keluarga Amirah berjaya mengumpul baki wang dan laman mengumpul dana masih terbuka untuk menerima sumbangan.

Menurut laporan, penderma yang terharu dengan nasib keluarga itu, menyumbang daripada jumlah serendah £5 hingga sebuah keluarga Malaysia yang tampil menderma £5,000 untuk dana itu.

Rakyat Malaysia masih boleh membantu keluarga ini dengan menyalurkan sumbangan mereka kepada https://www.gofundme.com/saharnoor.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.