Alhamdulillah, kata PAS selepas Selena Gomez tampil ‘sopan’

Alhamdulillah, kata PAS selepas Selena Gomez tampil ‘sopan’

Walaupun artis barat itu tidak menunjukkan imej seksi, tidak bermakna ia diterima umat Islam, kata pemimpin PAS.

Khairil-Nizam-Khairudin-selena-1

PETALING JAYA:
Penampilan Selena Gomez yang tidak memperagakan pakaian seksi menerusi konsert Jelajah Revival Malaysia di Stadium Shah Alam malam tadi disambut dengan rasa syukur pemimpin PAS, walaupun parti Islam itu tetap tidak bersetuju dengan kehadiran artis tersebut ke negara ini.

Naib Ketua Pemuda PAS Khairil Nizam Khairudin berkata langkah berhati-hati dengan mengekalkan keamanan dan artis itu supaya berpakaian sopan merupakan kejayaan buat semua pihak.

“Alhamdulillah, ia kejayaan usaha semua pihak untuk memastikan artis luar tidak membawa budaya yang mencemarkan adat ketimuran dan Islam sebagai agama rasmi negara ini,” katanya kepada FMT.

Sementara itu, Exco Hal Ehwal Agama, Jawatankuasa Adat Melayu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi negeri Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi berkata PAS tetap dengan pendirian sebelum ini menolak budaya hiburan melampau Selena, walaupun artis itu tidak membuat persembahan dengan memakai busana seksi seperti sebelum ini.

“Umat Islam tetap menolak budaya hiburan melampau atau hedonisme apatah lagi penampilan artis seksi. Memperagakan pakaian tidak seksi dalam persembahan malam tadi tidak bermakna boleh diterima dalam Islam.

“Diharap umat Islam tidak terikut-ikut kerana di luar (Malaysia) beliau (Selena) masih berpenampilan seksi. Malah protes PAS sekurang-kurangnya memberi maklumat budaya Islam dan timur adalah berbeza dengan barat,” katanya ketika dihubungi.

Terdahulu FMT melaporkan, dengan protes terhadap imej seksinya dan doa supaya persembahannya dibatalkan menjelang konsert di Malaysia, Selena dan penganjur konsert mengambil langkah berhati-hati bagi mengekalkan keamanan dan artis seksi itu dipastikan berpakaian sopan.

Tweet Selena Gomez di News@SelenaHQ di Twitter berkata:”Pakaian baharu bagi menghormati budaya dan agama di Malaysia!”

Bersama tweet itu ialah gambar Selena dikelilingi kumpulan penarinya, dengan setiap daripada mereka berpakaian sopan berwarna hitam. Selena sendiri memakai baju lengan panjang warna hitam dan seluar berpotongan longgar, juga berona hitam.

Link : Selena Gomez patuhi nasihat, tampil sopan di Malaysia

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.