Selangor nafi ubah status tanah Paya Indah Wetlands

Selangor nafi ubah status tanah Paya Indah Wetlands

Elizabeth Wong menyangkal dakwaan Chegubard yang mendakwa Selangor meluluskan projek pembangunan di lahan basah itu.

elizabeth-wong-paya-indah-wetland-1

PETALING JAYA:
Kerajaan Selangor tidak melakukan pelengkungan semula sebidang tanah pertanian di Paya Indah Wetlands yang didakwa oleh seorang pemberontak PKR, kata Elizabeth Wong.

Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna itu menyangkal dakwaan Badrul Hisham Shaharin (Chegubard) awal hari ini, dan menepisnya sebagai dakwaan yang bertujuan untuk mencemar imej kerajaan negeri.

“Kenyataan Chegubard itu palsu dan secara sengaja untuk mengelirukan dan bertujuan untuk mencerca kerajaan negeri.”

Elizabeth turut menyangkal dakwaan Chegubard bahawa tanah terbabit merupakan kawasan Ramsar berdaftar, kerana “tanah itu bukan kawasan warisan dunia mahupun kawasan Ramsar berdaftar”.

“Walaupun begitu, ia taman rekreasi hujung minggu yang sangat terkenal, terutamanya dalam kalangan keluarga, syarikat dan sekolah.”

Pemeriksaan FMt mendapati enam kawasan Ramsar berdaftar di Malaysia ialah Tasek Bera di Pahang, Tanjung Piai di Johor, Pulau Kukup di Johor, Sungai Pulau di Johor, lahan basah Kuching di Sarawak dan lahan basah Hilir Kinabatangan-Segama di Sabah.

Elizabeth menjelaskan keseluruhan lahan basah Paya Indah dipajak kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) bagi tujuan projek-projek hidupan liar sejak hujung 1990an.

“Tiada pelengkungan semula dibuat sama-sekali di Paya Indah Wetlands”.

Dalam sidang media hari ini, Chegubard mendakwa Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali meluluskan sebidang tanah di Paya Indah Wetlands untuk pembangunan.

Chegubard menggesa kerajaan negeri dan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar supaya menarik balik kelulusan membangunkan tanah itu dengan segera.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.