Ahli Parlimen Kalabakan sakit perut, dirawat di hospital

Ahli Parlimen Kalabakan sakit perut, dirawat di hospital

Berita kononnya Ghapur pengsan di rumahnya akibat serangan jantung, yang menjadi viral di media sosial hari ini, tidak betul.

Hospital Tawau

TAWAU:
Ahli Parlimen Kalabakan Datuk Abdul Ghapur Salleh dimasukkan ke Hospital Tawau hari ini setelah mengadu sakit perut dan bukannya kerana penyakit lain, kata Setiausaha Umno Kalabakan Mohd Ayaz Khan Yunus.

Sehubungan itu, beliau menafikan berita kononnya Ghapur pengsan di rumahnya akibat serangan jantung, yang menjadi viral di media sosial hari ini.

“Beliau dimasukkan di Hospital Tawau kira-kira 9.30 pagi tadi disebabkan ‘salah makan’ dan bukan kerana perkara lain.

“Sebelum itu, beliau mengadu sakit perut dan lemah badan sebelum beliau dibawa ke hospital oleh keluarganya,” katanya.

Keadaan Ghapur, yang juga ketua Umno Bahagian Kalabakan beransur pulih dan kini dalam keadaan stabil, katanya.

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.