Belum boleh tentukan nasib parti baharu Mahathir – Sanusi

Belum boleh tentukan nasib parti baharu Mahathir – Sanusi

Sanusi menambah, pada ketika ini, sebarang reaksi terhadap soalan itu akan hanya menjadi spekulasi.

Sanusi-Junid
PETALING JAYA: Terlalu awal untuk meramal sama ada parti baharu bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akan kekal relevan selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan.

Bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Sanusi Junid berkata belum ada tanda-tanda Najib akan melepaskan jawatannya dalam masa terdekat.

“Buat masa ini tiada tanda Najib akan meletakkan jawatan. Malah beliau juga yakin tiada individu yang boleh dipercayai untuk menggantikannya atau melindunginya daripada undang-undang jika beliau meletak jawatan,” katanya kepada FMT.

Dalam satu kenyataan awal minggu ini, NGO Kuasa mempersoal jikalau parti itu akan lenyap sebaik tujuannya menggulingkan Najib dicapai.

Sanusi menambah, pada ketika ini, sebarang reaksi terhadap soalan itu akan hanya menjadi spekulasi.

“Mustahil untuk menjawab atau membuat keputusan yang tepat jika soalan itu sendiri bermula dengan soalan ‘bagaimana jika’,” jelasnya.

Turut ditanya sebab parti baharu ditubuhkan apabila negara sudah mempunyai pembahagian pembangkang yang saksama.

Sanusi berkata bekas anggota Umno dan pemimpin seolah-olah “alah” kepada parti-parti pembangkang dan tidak pernah terfikir untuk menyertainya.

“Mereka masih berpegang kepada prinsip dan objektif perjuangan asal Umno dan mahu terus ke mengikut jejak yang sama.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.