Selena Gomez: Bung ajak PAS ‘berfikiran terbuka’

Selena Gomez: Bung ajak PAS ‘berfikiran terbuka’

Anak muda yang menonton konsert itu tidak perlu terikut-ikut dengannya, kata ahli Parlimen Sabah itu.

bung

PETALING JAYA:
Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar hari ini menyeru PAS berfikiran terbuka, selepas sayap Pemuda parti itu menggesa pengharaman konsert bintang pop Amerika Syarikat, Selena Gomez.

“Kita tinggal di negara yang berbilang kaum dan agama, mohon hormati hak orang lain juga,” kata Bung kepada FMT hari ini.

Semalam, Pengerusi Lajnah Dakwah Pemuda PAS, Hafez Sabri menggesa Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mengeluarkan surat rasmi membantah konsert Gomez yang dijadualkan 25 Julai ini di Stadium Malawati Shah Alam, kerana mendakwa ia merosakkan akidah umat Islam.

“Kemunculan artis kelahiran Amerika yang sinonim dengan penampilan seksi ini adalah mencemarkan kemuliaan bulan Syawal yang sedang diraikan dengan penuh rasa kesyukuran dan keinsafan oleh umat Islam dan menghidupkan lagi budaya hedonisme dalam kalangan generasi muda di negara ini,” kata Hafez.

Bagaimanapun, Bung berkata Gomez seorang artis popular dengan kelompok peminat tersendiri.

“Soal dia seksi itu cuma tanggapan semata-mata. Saya nasihatkan anak-anak muda yang menonton persembahan ini tidak perlu ikut cara Selena berpakaian atau gaya hidupnya,” kata beliau.

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.