Ahli Parlimen Raub itu pada 29 September tahun lalu menerusi blognya bertajuk “Keadaan Negara Kita Hari Ini-Siri 2” mendakwa Ibrahim dilantik sebagai ahli lembaga pengarah George Kent, syarikat yang diberi kontrak pembinaan LRT.
“Dengan ini, saya menarik balik kenyataan tersebut dan memohon maaf kepada Datuk Ibrahim Ali untuk segala kesan dan akibat yang timbul daripada kenyataan tersebut.
“Saya kesal dengan kenyataan tersebut,” katanya menerusi satu kenyataan bertulis hari ini.
Kes berjaya diselesaikan di luar Mahkamah Shah Alam.
Semakan FMT di blog Ariff mendapati artikel berkenaan sudah dipadam.
Ariff sebelum ini memanggil Ibrahim “tin kosong” ketika mendakwa dia dilantik sebagai pengarah syarikat.
Susulan dakwaan itu, Ibrahim menyaman ahli Parlimen DAP itu dengan nilai RM10 juta.
