8 stesen HSR dari Bandar Malaysia ke Jurong East

8 stesen HSR dari Bandar Malaysia ke Jurong East

Ia bermula dari stesen Bandar Malaysia sebelum melalui perjalanan 350km ke Singapura.

High-speed-rail-will-hurt-Malaysia

PETALING JAYA:
Malaysia dan Singapura hari ini menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi pembinaan Rel Berkelajuan Tinggi (HSR) menghubungkan Kuala Lumpur dengan republik itu, dengan lapan stesen.

Stesen di Kuala Lumpur bermula dari Bandar Malaysia, melalui Putrajaya, Seremban, Ayer Keroh, Muar, Batu Pahat, Iskandar Puteri sebelum berakhir di Jurong East, Singapura, menurut kenyataan bersama dikeluarkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan Pihak Berkuasa Pengangkutan Darat (LTA) Singapura.

Antara kandungan MoU itu, kerajaan Malaysia dan Singapura bertanggungjawab dalam pembangunan, pembinaan dan penyelenggaraan infrastruktur kemudahan itu di negara masing-masing, dan ia akan dijalankan menerusi MyHSR Corporation di Malaysia dan LTA.

Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong tiba pagi tadi di kediaman rasmi perdana menteri Seri Perdana di Putrajaya, disambut Datuk Seri Najib Razak, bagi tujuan menandatangani memorandum itu.

Laluan kereta api sepanjang 350km boleh memendekkan masa perjalanan ke Singapura kepada kira-kira 90 minit berbanding lima jam di jalan raya di antara Kuala Lumpur dan Singapura.

“Sebaik sahaja siap, rakyat Malaysia boleh menikmati ‘nasi lemak’ di Kuala Lumpur, dan kemudiannya menjamu selera dengan ‘ketam cili’ di Singapura dan kembali semula untuk makan malam dengan ‘rendang’ bersama-sama keluarga,” kata Najib dalam catatan blog beliau.

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.