GEORGE TOWN: Penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang tertunda angkara hujan lebat dan banjir kilat, kata pihak berkuasa.
Pengurus Besar Kanan Lapangan Terbang Arif Jaafar berkata 10 pendaratan dan empat keberangkatan terpaksa ditunda angkara hujan lebat dan angin kuat.
Arif berkata aras ketibaan, laluan mengambil penumpang dan aras turboprop ditenggelami air.
“Penerbangan ditunda kerana hujan lebat.
“Terdapat juga laporan lalulintas sejak kerana air melimpah di bulatan menuju terminal lapangan terbang,” katanya ketika dihubungi.
Arif berkata air surut sekitar jam 6 petang dan kakitangan lapangan terbang sedang giat mengeluarkan air banjir daripada terminat.
