Pada majlis itu juga, Datuk Seri Abdul Hadi Awang melancarkan laman Facebook “Sokong Pinda Akta 355” bagi dijadikan medan perbincangan dan menjelaskan rang undang-undang (RUU) persendirian yang dibentangkan presiden PAS itu Mei lepas.
Turut hadir ialah Presiden Majlis Perundingan Islam Malaysia (Mapim) Azmi Abdul Hamid, Pengerusi Sekretariat Ummat, Aminuddin Yahya dan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiyah Malaysia (Yadim), Yusri Mohammad.
Hadi membentangkan usul RUU Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 di Dewan Rakyat selepas mendapat sokongan Umno yang membolehkan RUU tersebut didahulukan walaupun tersenarai sebagai agenda akhir Parlimen.
RUU itu bertujuan meminda Seksyen 2 akta tersebut, meluaskan kuasa Mahkamah Syariah kepada kesalahan jenayah oleh umat Islam, di samping membenarkannya menjatuhkan hukuman lebih berat.
Ia dilihat sebagai usaha PAS membuka ruang melaksanakan hudud di Kelantan.
