CIMB kurangkan kadar BLR kepada 6.75%

CIMB kurangkan kadar BLR kepada 6.75%

BR CIMB akan dikurangkan kepada 3.9 peratus berbanding 4.1 peratus manakala kadar asas pinjaman/pembiayaan (BLR/BFR) dikurangkan kepada 6.75 peratus berbanding 6.95 peratus, berkuat kuasa 22 Julai, 2016.

cimb
KUALA LUMPUR: Kumpulan CIMB mengurangkan kadar asas (BR) sebanyak 20 mata asas (0.20%) ke atas produk pinjaman/pembiayaan bagi perniagaannya di Malaysia susulan penurunan kadar dasar semalaman (OPR) oleh Bank Negara Malaysia (BNM) baru-baru ini.

BR CIMB akan dikurangkan kepada 3.9% berbanding 4.1% manakala kadar asas pinjaman/pembiayaan (BLR/BFR) dikurangkan kepada 6.75% berbanding 6.95%, berkuat kuasa 22 Julai, 2016.

Oleh itu semua pinjaman/pembiayaan yang ditambat kepada BR/BLR/BFR, akan diselaraskan.

Selari dengan perubahan ini, kadar deposit CIMB akan disemak turun sebanyak 20 mata asas, kata CIMB dalam satu kenyataan.

Keputusan BNM menurunkan OPR tepat dan strategik berdasarkan kedudukan semasa yang dihadapi oleh ekonomi domestik disebabkan kemungkinan kesan limpahan ketidaktentuan dunia, kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz said.

“Kami menyambut baik dasar monetari yang akomodatif ini, yang menggalakkan peminjam dengan pengguna untuk meningkatkan prospek dan bergerak ke hadapan.

“Penurunan ini juga akan mengurangkan risiko ketidakseimbangan luaran selari dengan penurunan kadar faedah global secara umumnya,” katanya.

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.