Pemimpin pembangkang Malaysia sokong Presiden Turki

Pemimpin pembangkang Malaysia sokong Presiden Turki

Pemimpin PH menyifatkan cubaan menukar tampuk pemerintahan di Turki itu sebagai perbuatan tidak mengendahkan proses demokratik dan kehendak rakyat.

pakatan-harapan_Erdogan_turki_6001

PETALING JAYA:
Pemimpin pembangkang Malaysia menunjukkan sokongan kepada Presiden Turki, Tayyip Erdogan selepas sekumpulan tentera cuba merampas kuasa semalam.

“Kami terkejut dengan berita cubaan rampasan kuasa terhadap kerajaan Recep Tayyip Erdoğan di Turki,” kata Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) dalam satu kenyataan.

Pemimpin PH menyifatkan cubaan menukar tampuk pemerintahan di Turki itu sebagai perbuatan tidak mengendahkan proses demokratik dan kehendak rakyat.

“Pakatan Harapan menyokong Presiden Erdogan dan rakyat Turki. Kita berdoa untuk keselamatan orang-orang Turki yang kini berkumpul di jalan raya sebagai tanda sokongan terhadap demokrasi.

“Kami menggesa cubaan rampasan kuasa itu ditamatkan segera dan semua pihak bertenang serta mengawal perasaan masing-masing,” kata kenyataan itu yang ditandatangani Ketua Pembangkang merangkap Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; pemimpin DAP, Lim Kit Siang dan Presiden Amanah, Mohamad Sabu.

Menurut mereka, pertukaran kerajaan perlu dilakukan melalui cara demokrasi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.