Pembunuh 4 sekeluarga kerap dijamin keluar ibu

Pembunuh 4 sekeluarga kerap dijamin keluar ibu

Lelaki 32 tahun itu menembak mati ibunya dan tiga lagi termasuk anak saudaranya berusia 2 tahun.

poultry processing factory in Batu Maung

GEORGE TOWN:
Lelaki yang menembak mati empat orang termasuk seorang kanak-kanak dua tahun di sebuah kilang memproses ayam di Batu Maung semalam pernah ditangkap atas pelbagai jenayah termasuk rogol.

Siasatan mendapati lelaki berusia 32 tahun yang kini diburu polis itu kerap dijamin keluar ibunya Tan Saw Sim, yang turut dibunuhnya semalam.

Tan, 55, ditembak mati bersama-sama teman lelakinya Toh Hock Choon, 50, yang menjalankan perniagaan ayamnya sejak 20 tahun.

Lelaki itu turut membunuh adiknya Chung Wah Tong, 28 beserta anaknya yang hanya berusia dua tahun, Chung Ay Dey, ketika mereka keluar memeriksa bunyi bising di kilang itu.

Menurut penyiasat, lelaki itu melepaskan tembakan jarak dekat sebanyak 15 kali menggunakan senjata semi-automatiknya, dalam insiden yang berlaku pada 2.30 pagi semalam.

Suspek dikatakan pernah ditangkap atas kesalahan membakar, memiliki senjata tajam dan salah guna dadah.

Insiden semalam berlaku hanya dua hari selepas pembunuhan ngeri di Prai, di mana pekerja Myanmar dipenggal kepala.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Datuk Razaruddin Hussain memberitahu wartawan, rakaman CCTV menunjukkan pembunuh menyelongkar laci di pejabat kilang itu.

Polis percaya suspek masih menyimpan senjata semi-automatiknya.

Related: Budak 2 tahun antara 4 sekeluarga ditembak mati

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.