Setiausaha Agung Persatuan E-Vaporizer dan Tembakau Alternatif Malaysia (Mevta) Norman Ismail berkata ada kira-kira 600 kedai vape di Kuala Lumpur tahun lalu, tetapi kini hanya tinggal 150.
“Setiap hari kita dengar ada kedai tutup,” katanya dipetik daripada Southeast Asia Globe.
Laporan itu memetik Norman sebagai berkata Kementerian Kesihatan ialah “musuh nombor satu” penghisap vape, menyumbang kepada semakin kejatuhan jumlah mereka dan kedai vape, akibat “taktik menakutkan” yang digunakan kementerian itu.
Laporan itu berkata vape diharamkan di Thailand, Singapura dan Kemboja, sementara beberapa negara lain di Asia Tenggara masih mempertimbangkan larangannya.
Ini menyebabkan, Malaysia adalah antara negara terakhir di rantau ini yang masih membenarkan vape.
Aktiviti menghisap vape sangat popular di Malaysia pada November lalu sehingga GlobalPost menggelar negara ini sebagai “Asia’s vaping wonderland”.
Norman berkata vape kekal terawang-awang di Malaysia: ia tidak dilarang tetapi masih belum disahkan mengikut undang-undang.
Akhir tahun lalu, Kementerian Kesihatan mengumumkan ia sedang mengkaji undang-undang vape, termasuk perinciannya sebelum sebarang keputusan mengenainya dapat diambil.
