Carian FMT mendapati posting pertama dibuat pada 4.55 petang semalam dan pada masa berita ini ditulis, memiliki 235 “likes”.
Laman terdahulu mengumpul lebih 1,000 “likes” sebelum laporan dibuat kepada Facebook untuk menyekatnya.
Sebuah portal berita IS masih boleh diakses seperti biasa setakat pagi ini, walaupun tanpa menggunakan aturan DNS Google yang boleh menepis sekatan SKMM.
Semalam, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata SKMM dalam proses menyekat akses semua laman web dan media sosial berkaitan Al-Fatihin selepas menerima permohonan daripada Kementerian Dalam Negeri.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi juga sebelum ini berkata Cawangan Khas Bukit Aman sedang memantau rapi penyebaran surat berita itu, yang dipercayai dikendalikan warga Malaysia dan Indonesia di Filipina.
“Polis Diraja Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri akan terus memantau mana-mana pihak yang memuat turun atau mencetak akhbar berkenaan.
“Saya menyeru orang ramai supaya tidak melayari dan melakukan pencetakan kerana boleh dikenakan tindakan undang-undang,” katanya dipetik Bernama semalam.