‘Tol Malaysia lebih murah, tak wajar Singapura balas’

‘Tol Malaysia lebih murah, tak wajar Singapura balas’

Malaysia tetap akan menaikkan bayaran tambahan RM20 kepada kenderaan asing sekiranya perlu, kata timbalan menteri pengangkutan.

abdul-aziz-kaprawi_toll_singapore_6001

PETALING JAYA:
Singapura tidak wajar menaikkan kadar tol sebagai membalas tindakan Malaysia mengumumkan kenaikan tol terhadap kenderaan dari republik itu.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi berkata ia kerana kadar tol Malaysia jauh lebih rendah.

“Jika kita kenakan bayaran lebih tinggi daripada mereka bolehlah. Kita tidak nampak kewajarannya, ini satu pendekatan yang tidak wajarlah,” katanya kepada FMT hari ini.

Semalam, Menteri Pengangkutan Singapura, Khaw Boon Wan memberi amaran akan menaikkan kadar tol ke atas kenderaan Malaysia seiring kenaikan diumumkan Malaysia sebelum ini.

Beliau dipetik Channel News Asia sebagai berkata, ia bagi memastikan Malaysia mempertimbangkan maklum balas Singapura apabila merancang menaikkan kadar tol.

Malaysia baru-baru ini dilaporkan bercadang mengenakan bayaran tambahan RM20 kepada kenderaan dari Singapura yang memasuki Johor.

Aziz menegaskan, Malaysia tetap dengan pendirian menaikan kadar bayaran tambahan itu kepada kenderaan asing sekiranya perlu.

“Setiap bayaran yang dikenakan mestilah berasaskan pertimbangan wajar. Kita tetap dengan standard harga yang kita tetapkan. Bayaran ini akan dikaji lima tahun sekali.

“Jika Singapura nak naikkan tol juga, itu terpulang kepada mereka,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.