Parti picisan bentuk perikatan baharu lawan BN

Parti picisan bentuk perikatan baharu lawan BN

Tujuh parti dari Sabah, Sarawak dan Semenanjung bentuk perikatan menghadapi pilihan raya umum akan datang

saksama-1

PETALING JAYA:
Enam parti politik picisan di Sabah dan Sarawak serta satu dari Semenanjung dilaporkan menjalin kerjasama dalam satu bentuk perikatan untuk mencabar dominasi Barisan Nasional.

Perikatan baharu itu, yang dijangka dinamakan Gabungan Rakyat Saksama atau ringkasnya Saksama, dibentuk sebagai persiapan menghadapi pilihan raya umum akan datang, yang perlu diadakan menjelang Julai 2018.

Komponen Saksama terdiri daripada Parti Reformasi Negeri (Star), Parti Sejahtera Angkatan Perpaduan Sabah (Sapu), Parti Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (Baru), Parti Bersatu Sasa Malaysia (Bersama), Parti Kebangsaan Sabah (PKS), Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) dan daripada Semenanjung, Parti Alternatif Rakyat (PAP).

Presiden Star Lina soo mengumumkan perikatan baharu itu dalam satu sidang media di Kuching, menurut Star Online.

Beliau berkata perikatan itu ditubuhkan ekoran kegagalan parti-parti pembangkang mencabar BN, dan menambah Pakatan Harapan kini berpecah.

Lina berkata Presiden Bersama Philip Among mengerakkan perikatan baharu itu bulan lepas. Lebih ramai parti dijangka menyertai perikatan ini.

Beliau menambah mereka sudah memohon ke Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia untuk didaftarkan sebagai perikatan yang sah.

“Kami akan menjadi kekuatan politik alternatif kepada Barisan Nasional,” katanya.

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.