Nasir dalam satu kenyataan turut menyifatkan ketua-ketua cawangan terbabit bertindak berdasarkan emosi tanpa memikirkan kesan jangka panjang.
Semalam, dilaporkan Naib Ketua Umno Bahagian Semporna, Datuk Dr Jaujan Sambakong bersama tiga ketua sayap dan 300 daripada 481 ketua cawangan di bahagian itu mengumumkan keluar parti.
Ia susulan tindakan Majlis Tertinggi (MT) Umno menggantung keanggotaan Ketua Umno Bahagian Semporna, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pada Jumaat lalu.
Jaujan dilaporkan sebagai berkata, Shafie tidak diberi peluang membela diri dengan diberikan surat tunjuk sebab terlebih dahulu, sebelum MT membuat keputusan menggantung keanggotaannya.
Nasir turut berkata belum menerima surat daripada Umno memangku jawatan ketua bahagian, susulan penggantungan keahlian Shafie pada minggu lalu.
Beliau berpendapat, keputusan MT Umno menggantung keahlian Shafie berpunca daripada tindakannya yang merugikan Umno Semporna.
Jelasnya, Shafie dijangka pulang daripada mengerjakan umrah pada hari ini atau esok dan sehingga kini Ahli Parlimen Semporna itu belum membuat sebarang kenyataan.