Bercakap ketika dalam penerbangan pulang dari Armenia ke Rome, Francis berkata pihak gereja juga perlu meminta keampunan atas layanan yang diberikan terhadap golongan wanita, buruh kanak-kanak dan kerana meredhai pelbagai senjata di masa lampau.
Francis, yang sering memberikan temu bual ketika dalam penerbangan, diminta mengulas kenyataan seorang paderi Roman Katolik Jerman yang mahu gereja meminta maaf kepada golongan homoseksual.
Francis berkata pihak gereja menganggap golongan homoseksual tidak boleh didiskriminasi, tetapi perlu dihormati.
“Saya rasa pihak gereja bukan sahaja perlu memohon maaf… kepada seorang gay sekiranya dia dihina, tetapi perlu juga memohon keampunan golongan miskin, wanita yang dieksploitasi dan kanak-kanak dipaksa menjadi buruh.
“Ia perlu meminta keampunan kerana memberkati pelbagai senjata.”
Ajaran gereja menganggap perasaan homoseksual tidak berdosa, berlainan daripada kelakuan homoseks di mana golongan homoseksual perlu cuba memelihara diri mereka darinya.
Francis dianggap golongan homoseksual sebagai paus Roman Katolik yang paling mesra dengan mereka, dan mengundang kritikan Katolik konservatif kerana pendapatnya yang samar-samar mengenai soal akhlak dan seks.
Francis berkata terdapat sesetengah budaya yang mempunyai pemikiran berlainan mengenai homoseksual manakala sesetengah protes anjuran gay dianggap keterlaluan oleh beberaoa pihak.
Namun, katanya, ia bukanlah alasan mendiskriminasi dan meminggirkan golongan itu.
Tidak jelas apa yang dimaksudkan dengan “memberkati pelbagai senjata”, tetapi Francis dipercayai merujuk amalan pemimpin gereja di masa lampau menyokong peperangan.
–Reuters