Ketua Sarawak 4 Sarawakians (S4S), John Jaban, berkata kumpulannya menyerahkan petisyen tersebut di pejabat Tan Sri Adenan Satem.
“Salinan juga dihantar kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu supaya badan dunia itu sedia maklum perkembangan di negeri Borneo,” katanya.
Petisyen itu menuntut Akta Referendum bagi memelihara hak istimewa dan pengiktirafan yang diberikan kepada Sarawak di bawah Perjanjian Malaysia 1963.
“Ia mahukan supaya hak istimewa dan pengiktirafan dibela daripada terhakis,” katanya.
S4S menegaskan beberapa langkah kerajaan negeri memperkasakan hak istimewanya masih di proses awal.
Jaban berkata Adenan perlu lebih tegas dengan kerajaan pusat dalam menuntut hak negeri Sarawak, berikutan kemenangan besar pada pilihan raya Mei lalu.