Pengadil naik angin pemain kentut semasa perlawanan

Pengadil naik angin pemain kentut semasa perlawanan

Pemain Sweden dilayang kad kuning kedua selepas dituduh sengaja melakukan provokasi

Jarna SK dan Pershagen SK

PETALING JAYA:
Seorang pengadil menggunakan kuasa yang ada padanya menghantar keluar seorang pemain yang kentut semasa perlawanan.

Pemain Sweden itu dilayang kad kuning kedua selepas dituduh “sengaja melakukan provokasi”.

“Saya menganggap perbuatan pemain itu provokasi yang disengajakan. Dia kentut dengan sengaja dan tidak sopan. Dengan itu, saya layangkan kad kuning terhadapnya,” kata pengadil itu, Dan Kako, lapor Guardian memetik laporan Länstidningen Södertälje.

Kejadian ini berlaku dalam perlawanan antara pasukan simpanan Jarna SK dan Pershagen SK. Pemain berkenaan, Adam Lindin Ljungkvist membidas tindakan Kako sebagai “mengejutkan”.

“Perut saya berasa tidak selesa, jadi saya terpaksa lepaskan angin,” kata permainan pertahanan kiri berusia 25 tahun itu. “Tiba-tiba saya diberi dua kad kuning dan kemudian satu kad merah.”

“Ya, saya terkejut, ini pengalaman yang paling pelik yang pernah saya alami dalam bola sepak.

“Saya soal pengadil, ‘kentut sikit pun tak boleh?’, dia jawab ‘tak’… Saya tak faham tapi mungkin dia akan saya tangkap kentut dan baling ke arahnya.”

Membela integritinya, Kako berkata pengalaman yang hampir sama pernah berlaku sebelum ini.

“Dulu ada seorang pemain buang air kecil di tepi padang. Saya layangkan kad kuning terhadapnya juga.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.