Pemimpin PAS mohon maaf tuduhan larangan azan

Pemimpin PAS mohon maaf tuduhan larangan azan

YDP PAS Padang Serai tidak mahu memanjangkan lagi isu itu.

Shaharuddin-Ibrahim_penang_6001

KULIM:
Yang Dipertua (YDP) PAS Padang Serai Shaharuddin Ibrahim memohon maaf kepada DAP dan kerajaan negeri Pulau Pinang berhubung tuduhannya mengenai akan berlaku larangan azan di masjid jika DAP memerintah.

Menurut laporan Sinar Harian, Shahruddin berkata beliau tidak mahu memanjangkan lagi isu itu.

“Saya tidak mahu berbalah dan memanjangkan isu ini jadi dengan rendah hati saya memohon maaf kepada pihak-pihak yang tersinggung dengan kenyataan itu, khususnya DAP,” katanya kepada akhbar itu semalam.

Shaharuddin berkata tazkirah itu di mana beliau membuat tuduhan berkenaan sebenarnya hanya bermaksud untuk melahirkan kebimbangan terhadap sikap DAP dan sekutunya yang menentang usaha menegakkan syariat Islam di negara ini.

“Khususnya penentangan terbuka mereka terhadap Pindaan Rang Undang-undang 355 yang dibawa PAS di Parlimen baru-baru ini.

“Saya berharap penentangan mereka itu tidak akan membawa kepada larangan melaungkan azan di masjid.

“Ini kerana azan dan solat adalah sebahagian daripada syariat Islam yang tidak boleh diganggu mana-mana pihak dalam negara ini,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.