Ahmad Bashah pengerusikan mesyuarat exco di hospital

Ahmad Bashah pengerusikan mesyuarat exco di hospital

Exco Kedah berkumpul di wad ICU Hospital Besar Pulau Pinang untuk menghadiri mesyuarat mingguan exco kerajaan negeri hari ini.

bashah-1

GEORGE TOWN:
Sejarah mungkin tercipta apabila mesyuarat mingguan Exco Kerajaan Negeri Kedah (Exco) diadakan di Hospital Pulau Pinang, hari ini.

Ini kerana Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital itu susulan mengalami komplikasi usus.

Wartawan juga dapat melihat Bashah untuk pertama kali selepas hampir dua minggu sejak beliau pitam di sebuah hotel di Alor Setar.

Beliau menjalani pembedahan usus di sini, selepas dipindahkan dari hospital swasta di Alor Setar.

Ahmad Bashah yang kelihatan ceria dilihat memakai sut dengan tali leher berwarna merah, sementara 10 ahli exco duduk mengelilingi meja bulat di satu kawasan kecil dalam wad ICU.

Hanya jurugambar dibenarkan masuk ke dalam wad pada masa itu, dan diberi masa 5 minit untuk mengambil gambar.

Pegawai kanan kerajaan negeri memberitahu wartawan Ahmad Bashah atau Setiausaha Kerajaan Negeri Bakar Din akan memberikan sidang akhbar dalam tempoh dua jam.

Mesyuarat exco di hospital bukan sesuatu yang baru bagi kerajaan Kedah, kerana bekas menteri besar Datuk Seri Syed Razak Syed Zain juga pernah mengadakan mesyuarat ketika dimasukkan ke hospital.

Mesyuarat pertama seumpama itu diadakan di Island Hospital di Jalan Macalister, di sini pada 2005.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.