“Walaupun saya dijatuhkan dengan cara jahat, saya menerimanya dengan lapang dada kerana saya masih mengekalkan prinsip dan jatidiri,” kata Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, yang digantikan tempatnya oleh Datuk Seri Azmin Ali pada Ogos 2014.
TMI yang ditamatkan operasinya Mac lepas, diwakili Ketua Pegawai Eksekutif dan Editor Jahabar Sadiq, dan editor Bahasa Malaysia, Amin Iskandar.
Khalid dalam samannya turut menamakan pemilik portal The Edge Communications dan TMIDOTCOM Sdn Bhd sebagai defendan ketiga dan keempat.
Saman fitnah itu merujuk artikel diterbitkan pada 24 Julai, 2014, “Going by Selangor ruler’s criteria, Khalid should quit as MB” serta terjemahannya dalam Bahasa Malaysia.
Dalam kenyataan maaf mereka, editor berkenaan mengakui kedua-dua artikel itu berdasarkan khabar angin dan menyatakan rasa kesal mereka serta memberi akujanji tidak akan mengulangi mana-mana bahagian tuduhan pada masa akan datang.
Khalid meletak jawatan pada Ogos 2014, ekoran krisis politik Selangor yang tercetus daripada percubaan PKR menukar menteri besar.
Khalid berkata memadai dengan permohonan maaf hari ini untuk membuktikan tuduhan terhadap beliau “tidak berasas dan direka hanya untuk menjatuhkan saya dari jawatan Menteri Besar Selangor”
“Meskipun saya melihat perbuatan defendan-defendan menerbitkan artikel berunsur fitnah adalah bagi melaksanakan satu misi jahat yang akhirnnya berjaya, saya memilih untuk tidak memanjangkan persengketaan ini,” kata beliau.
