Beliau mempersoalkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang memilih menyiasat kenyataan di ceramah itu berbanding memanggil Presiden 1MDB Arul Kanda Kandasamy berhubung kes syarikat milik kerajaan itu.
“Walaupun saya telah membuat laporan lebih dua bulan lalu terhadap CEO 1MDB itu akan menjadi bukti kukuh kepada pengundi di Kuala Kangsar kenapa perlu mengundi calon Pakatan Harapan hari Sabtu ini,” kata Rafizi yang bersetuju melaporkan diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Kangsar pada 2 petang hari ini.
Ketika berceramah di Manong 9 Jun lalu, Rafizi berkata “mahu meletakkan bom kasi hancur Najib kalau calon Amanah menang di Kuala Kangsar”.
Beliau dipercayai merujuk calon Amanah, Dr Ahmad Termizi Ramli yang merupakan bekas pensyarah fizik nuklear di Universiti Teknologi Malaysia.
Ketua Polis Perak Datuk Seri Abdul Rahim Hanafi berkata Rafizi disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan ekoran ugutan jenayah.
