Semalam, seorang kanak-kanak perempuan berusia 3 tahun mengalami kecederaan ringan di tangannya akibat tersepit di eskalator sebuah pasar raya di Ayer Keroh.
Selepas menerima aduan, seramai 12 anggota bomba tiba di tempat kejadian 3 minit kemudian.
Mangsa cilik itu berjaya diselamatkan dalam masa 5 minit sebelum dihantar ke hospital.
Pada 6 Jun lalu, seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun cedera, selepas kemaluannya tersepit di eskalator sebuah pusat beli-belah di Bagan Serai, Perak.
Pada 13 Disember 2015 pula, seorang kanak-kanak lelaki berumur 6 tahun patah tiga jari kakinya selepas tersepit di eskalator kawasan Rehat dan Rawat (RnR) Pagoh, Johor.
