DAP sengaja tuduh saya rasis – Jamal

DAP sengaja tuduh saya rasis – Jamal

Tuduhan DAP itu hanya bertujuan menutup kelemahan kerajaan negeri Selangor, katanya.

jamal_dap_sungai-besar_NEW

SEKINCHAN:
Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar Datuk Jamal Yunos mendakwa DAP sengaja menuduhnya bersifat rasis terhadap masyarakat Cina.

Beliau berkata DAP gemar menggunakan isu nasional yang sudah basi sebagai bahan kempen bagi menutup kelemahan pentadbiran kerajaan Selangor.

“Ini idea yang sudah ketandusan dan ketinggalan zaman. DAP hanya kempen memburukkan calon dan memfitnah dengan mengaitkan kononnya saya seorang pemimpin yang rasis.

“Cara DAP berkempen ini tidak lain tidak bukan adalah mengaitkan saya dengan Gerakan Baju Merah pada 16 September tahun lalu. Itu saja isunya,” katanya ketika ditemui pemberita, di sini semalam.

Katanya, kebanyakan masyarakat di Sungai Besar lebih mengenalinya berbanding calon AMANAH, Azhar Abdul Shukur.

“AMANAH ini langsung tidak ada jentera kerana saya kenal setiap ahli AMANAH kenal di sini,” katanya.

Jamal berkata, hampir keseluruhan jentera yang berkempen untuk Azhar adalah daripada DAP dan bukannya penduduk tempatan, sebaliknya orang luar.

“Jentera untuk mereka berkempen di Sungai Besar adalah jentera yang 99% daripada DAP dan mereka yang hadir pada PRK itu jentera dari luar,” katanya.

Katanya, mengundi calon AMANAH diibaratkan seperti mengundi DAP.

“Masyarakat sini memahami isu ini fitnah semata-mata dan ia sudah dijawab oleh kerajaan.

“Jadi, tidak ada apa-apa isu di sini melainkan isu yang membebankan mereka tentang tanggungjawab kerajaan negeri yang tidak tertunai,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.