
Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Mior Faridalathrash Wahid berkata, kanak-kanak lelaki itu cedera di bahagian belakang badan dan kedua-dua belah kakinya.
“Ibu mangsa yang berusia 33 tahun mendakwa anaknya dirotan kerana tidak mendengar arahan bapanya.
“Dia membawa mangsa ke Hospital Pulau Pinang untuk dirawat. Kanak-kanak itu kini dalam keadaan stabil.
“Ibu mangsa telah membuat laporan polis hari ini dan kami telah menahan bapa berusia 39 tahun itu di rumahnya,” katanya dalam sidang media hari ini.
Mior Faridalathrash berkata, sebatang rotan dan penyangkut baju yang digunakan untuk merotan mangsa telah diambil sebagai bukti kes.
Tambahnya, lelaki itu direman selama tiga hari untuk disiasat di bawah Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan menggunakan senjata berbahaya.