Mufti Kelantan berkata Datuk Mohamad Shukri Mohamad mereka patut “bertimbang rasa” dan berpakaian elok untuk mengelak umat Islam merosakkan puasa mereka.
“Tidak salah untuk berpakaian seperti yang mereka suka tetapi mereka perlu timbang rasa kerana bila orang Islam, terutama sekali lelaki, terserempak mereka di tempat awam, ia dianggap haram,” katanya dipetik daripada Malay Mail Online.
Beliau juga menggesa bukan Islam tidak makan atau minum di depan umat Islam ketika bulan puasa.
Mufti itu juga berharap wanita Islam akan berpakaian mengikut syariah dan menjaga tingkah laku serta bahasa mereka.
“Ini adalah sebahagian daripada ajaran agama. Islam juga mengajar umatnya tidak membazir ketika membeli-belah di bazar Ramadan. Makanan ringkas cukup untuk berbuka puasa,” katanya dipetik daripada portal berita itu.
Setakat ini, Jabatan Hal Ehwal Islam Kelantan menahan 31 wanita Islam kerana tidak menutup aurat atau berpakaian menjolok mata, sejak Ramadan bermula Isnin lalu.
Aurat wanita Islam ialah seluruh tubuhnya kecuali muka dan tapak tangan, sementara lelaki ialah antara pusat dan lutut.
Pada Ramadan, umat Islam wajib berpuasa dari terbit matahari hingga terbenam matahari.