“Formula Malaysia aman kerana BN. Kita pertaruhkan rekod dari 1957 untuk dihakimi tuan-tuan.
“Alhamdulillah sejak tahun 1957, kebijaksanaan BN dari Perikatan tidak hancur malah maju ke hadapan. Keamanan tidak datang bergolek begitu sahaja,” katanya sewaktu berucap di Balai Bomba dan Penyelamat, Sekinchan, hari ini.
Menurut Rahman, bukan semua kerajaan mampu mewujudkan keharmonian dan keamanan dalam suasana negara yang berbilang bangsa dan agama seperti Malaysia.
“Bukan semua kerajaan mampu jaga keamanan. Tengok di Afrika Timur tengah berlaku pengebomam di sana sini.
“Lihat di Asia Barat dan dikawasan utara apa yang berlaku, puluhan ribu orang mati,” jelasnya.
Menteri Kesejahteraan Bandar dan Wilayah itu juga berkata, rakyat tidak seharusnya terlalu yakin ada kerajaan lain yang mampu lakukan seperti apa yang dilakukan oleh BN.
“Jangan terlalu yakin kalau orang lain jadi kerajaan, jangan terlalu yakin mereka mampu jaga keamanan,” jelasnya.