Ketika berucap pada satu program di Manong malam tadi, beliau menyifatkan penduduk pekan kecil itu sebagai keluarganya.
“Orang di Manong, kalau pun tidak semua, kebanyakannya saudara-mara.
“Saya merayu kepada saudara-mara saya di sini agar mengundi AMANAH yang mewakili Pakatan Harapan agar menang dalam PRK kali ini, dan seterusnya PRU14,” katanya kepada kira-kira 50 hadirin.
Termizi merupakan satu-satunya calon anak tempatan daripada empat calon yang bertanding. Malah beliau lahir di Kampung Suak Petai, di sini.
Sebelum ini, ahli Pemuda UMNO Syed Rosli Syed Harman Jamalullail bercadang untuk bertanding sebagai calon bebas sebagai protes terhadap pencalonan Datin Mastura Mohd Yazid.
Beliau bagaimanapun berubah fikiran selepas AMANAH mencalonkan Termizi.
Beliau malah menyatakan sokongannya kepada Termizi kerana kedudukannya sebagai ‘anak tempatan’.
Sebelum itu, Naib Presiden AMANAH Hasanuddin Mohd Yunus dalam ucapannya menyifatkan Termizi sebagai calon yang mampu membawa suara penduduk Kuala Kangsar di Parlimen kerana pengalamannya yang luas.
“Beliau berpengalaman luas dalam NGO dan menjadi rujukan di dalam dan luar negara bagi bidang fizik nuklear, selain isu Lynas,” katanya.