‘5 kali pecah tanah sampai tiada tanah untuk dipecahkan lagi’

‘5 kali pecah tanah sampai tiada tanah untuk dipecahkan lagi’

Asmuni mendakwa projek itu sudah sekian lama ditangguhkan walaupun BN berjanji akan menyiapkannya.

amanah-talk

KUALA KANGSAR:
AMANAH mencabar BN mengotakan janji untuk membina Jambatan Manong yang dibuat sejak tiga Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.

Pengerusi AMANAH Perak, Asmuni Awi mendakwa projek itu sudah sekian lama ditangguhkan walaupun BN berjanji akan menyiapkannya.

“Kami menuntut kerajaan menunaikan janji yang dibuat sekian lama, sejak tiga PRU lalu.

“Kami cabar BN untuk tetapkan tarikh bila jambatan itu akan mula dibina dan disiapkan. Kita akan tunggu jawapan daripada mereka,” katanya dalam sidang media hari ini.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir semalam dilaporkan sebagai berkata, rancangan pembinaan jambatan itu telah disampaikan kepada Perdana Menteri.

Malah calon BN, Datin Mastura Mohd Yazid turut menyenaraikan usaha mempercepatkan kelulusan projek itu dalam lima agenda utamanya yang diumumkan pagi tadi.

Berhubung perkara itu, Asmuni berkata, usaha itu tidak bermakna selagi BN tidak menyatakan tarikh pembinaan Jambatan Manong secara khusus.

“Sudah lima kali pecah tanah sampai tiada lagi tanah untuk dipecahkan. Sebab itu kita minta bagi tarikh yang khusus. Kami yakin kos pembinaan jauh lebih kecil berbanding RM2.6 bilion,” katanya lagi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.