“Saya harap mereka memenuhi janji mereka,” kata Zairil, merujuk kenyataan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem yang kesemua wakil rakyat Sarawak akan membantah usul PAS itu.
Zairil berkata, peluang RUU itu diluluskan lebih cerah sekiranya mereka yang membantahnya tidak hadir pada hari pengundian.
“RUU itu hanya memerlukan majoriti mudah daripada ahli parlimen yang hadir dalam Dewan.”
Semalam, Nancy berkata beliau tidak setuju dengan usaha PAS meminda Akta Mahkamah Syariah 1965, yang memberi kuasa kepada mahkamah syariah menjatuhkan hukuman lebih berat bagi membolehkan pelaksanaan hukum hudud di Kelantan.
Bagaimanapun, Nancy berkata beliau tidak akan hadir dalam Dewan Rakyat sekiranya diadakan pengundian bagi usul itu.
“Kita hidup dalam sebuah negara yang berbilang bangsa dan agama. Saya tetap dengan kenyataan presiden saya,” kata Nancy merujuk kepada Adnan yang juga presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu.
“Memandangkan di Sarawak rakyat bukan Islam lebih ramai berbanding yang menganut agama Islam.
“Bukan sahaja saya akan menolak, saya juga tidak akan berada di sana (Parlimen) untuk mengundi,” Nancy memberitahu pemberita di Sungai Besar, Selangor.
