Bekas menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu berkata dakwaan berkenaan sangat memalukan.
“Pada saya memanglah satu dakwaan yang betul-betul memalukan.
“Itu semua tak betul, kanan kiri saya ketua Wanita dan naib ketua Wanita bahagian ramai yang turun dari Kuala Kangsar malah Wanita di sini majoriti tulang belakang kepada jentera parti keseluruhan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Masjid Ridzwaniah, Kuala Kangsar, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan wujud unsur sabotaj daripada calon berpotensi yang masih tetap mahu melobi menjadi calon meskipun nama Mastura sudah diumumkan.
Mastura dipilih sebagai calon BN bagi PRK Kuala Kangsar untuk menggantikan tempat suaminya, allahyarham Datuk Wan Khair-il Anuar Wan Ahmad yang juga penyandang bagi kerusi Parlimen berkenaan.
Dalam PRK itu, Mastura akan berdepan lawannya daripada PAS, Dr Najihatussalehah Ahmad, calon AMANAH yang diwakili Prof Dr Ahmad Termizi Ramli dan calon bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary.
Terdahulu, Shahrizat bersama-sama jentera Wanita Kuala Kangsar menyertai majlis solat duha dan tadarus perdana dengan disusuli majlis khatam al-quran di Masjid Ridzwaniah, Kuala Kangsar.
Pada majlis tersebut juga jentera Wanita Umno Kuala Kangsar meraikan 100 anak yatim sekitar DUN Manong dan Chandan.
