Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, pemberian bantuan khas kewangan kepada 4,178 penjawat awam negeri itu melibatkan jumlah RM7.95 juta.
“Ia sebagai menghargai sumbangan dan tanda penghargaan kerajaan negeri kepada perkhidmatan awam negeri serta mengambil kira kos inflasi dan peningkatan kos hidup yang ketara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Lim berkata. bantuan khas kewangan itu turut diberikan kepada 1,486 penyelia dan guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA), 192 guru Sekolah Rendah Agama Rakyat, 166 guru Sekolah Menengah Agama Rakyat, dan 522 guru dan kakitangan Sekolah Persendirian Cina yang masing-masing akan menerima sebanyak RM300.
Selain itu katanya, seramai 215 guru Tahfiz, guru pondok dan guru Tadika Islam (TADIS) negeri itu akan menerima bayaran RM200.
Katanya, pemberian bantuan khas kewangan itu akan dibuat pada 24 Jun ini.
– BERNAMA