Hakim, Sabariah Atan bagaimanapun mengarahkan hukuman penjara itu dijalankan secara serentak bermula tarikh Muhammad Amirul Azwan Mohd Shakri ditahan pada 28 April lalu.
Terdahulu, tertuduh yang berasal Kampung Palas Merah, Tumpat, Kelantan hanya mengangguk kepala ketika semua pertuduhan dibacakan di hadapan hakim.
Mengikut semua pertuduhan itu, Muhammad Amirul didakwa melakukan perbuatan itu menerusi akaun Facebook miliknya “Miyo Castello” dengan niat ingin menyakiti hati Tunku Ismail dan institusi diraja Johor.
Pendakwaan dilakukan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamad manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
– BERNAMA
