Azmin tiada, tetapi Khalid Ibrahim ada untuk bantu PAS

Azmin tiada, tetapi Khalid Ibrahim ada untuk bantu PAS

Beliau mahu membalas budi PAS yang membantu kempennya pada PRK Ijok 2007

Khalid

SUNGAI BESAR:
Kempen pilihan raya PAS mendapat suntikan kecil dengan Tan Sri Khalid Ibrahim turun membantu jentera parti Islam berdepan cabaran PRK Sungai Besar.

Bekas Menteri Besar Selangor berkata mahu membalas budi kepada PAS yang kempennya dalam PRK Ijok 2007, PRU 2008 dan 2013.

“Pada waktu itu (PRK Ijok 2007), saya tidak kenal sesiapa tapi rakan-rakan dari PAS di Ijok, di seluruh Selangor yang datang tolong saya.

“Walaupun saya kalah saya tetap berterima kasih pada mereka,” katanya ketika ditemui pemberita di Pekan Sungai Besar.

“Mereka telah bersama-sama dengan saya semasa PRU 2008 dan 2013 dan kita sangat bekerjasama. Alhamdulillah kita mencapai kemenangan,” katanya ketika ditemui pemberita dalam program temui pengundi bersama calon PAS di sekitar Pekan Sungai Besar.

Sekali lagi Khalid terpaksa menepis spekulasi menyertai mana-mana parti.

“Saya ada kes dengan PKR. Saya telah meminta RoS (Jabatan Pendaftaran Pertubuhan) untuk menentukan sama ada penyingkiran saya dari PKR adil atau tidak.

“Dalam keadaan itu, saya percaya saya berhak dapat keputusan untuk diri saya,” katanya.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memutuskan untuk membantu calon AMANAH yang mewakili Pakatan Harapan, Azhar Abdul Shukur.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.