Syed Rosli ‘u-turn’ tak jadi bertanding di Kuala Kangsar

Syed Rosli ‘u-turn’ tak jadi bertanding di Kuala Kangsar

Keputusan pada saat akhir itu katanya diambil kerana tidak tergamak mengkhianati UMNO.

syed-rosli

PETALING JAYA:
Ahli Pemuda UMNO Syed Rosli Syed Harman Jamalullail mengumumkan dirinya tidak jadi bertanding sebagai calon bebas di PRK Kuala Kangsar, pagi ini.

Beliau berkata, tindakan menarik diri itu kerana masih sayang kepada partinya walaupun tidak berpuas hati dengan pemilihan calon BN, Datin Mastura Mohd Yazid, lapor Sinar Harian.

“Saya masih belum tergamak untuk meninggalkan mahupun menikam UMNO yang banyak berjasa kepada saya, bangsa Melayu dan negara.

“Selepas mendengar nasihat beberapa orang lama di dalam UMNO supaya saya tidak meneruskan niat untuk bertanding maka saya pun membuat keputusan pada saat akhir dengan tidak meneruskan niat menjadi calon,” katanya.

Baru-baru ini, Syed Rosli mengambil tindakan menjadi calon bebas selepas tidak berpuas hati dengan pucuk pimpinan parti memilih Mastura sebagai calon BN.

Beliau juga mencetuskan kontroversi dengan menggunakan kata-kata kesat ditujukan kepada Mastura melalui laman Facebooknya, baru-baru ini.

Bagaimanapun, beliau kemudiannya memohon maaf dan mengakui kesilapan sambil menjelaskan bahawa tindakannya itu dipengaruhi perasaan marah dan kecewa dengan pemilihan Mastura, lapor Sinar Harian.

BACA JUGA: Syed Rosli mahu mohon maaf pada Mastura

Pemecatan keahlian hanya pengorbanan kecil – Syed Rosli

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.