Tisu tandas muka Donald Trump laris

Tisu tandas muka Donald Trump laris

Produk itu dikeluarkan untuk jualan di pasaran kerana bengang dengan kenyataan anti Beijing yang dibuat Donald, baru-baru ini.

tisue

BEIJING:
Syarikat China, Qingdao Wellpaper Industrial Co mengeluarkan tisu tanda memaparkan wajah calon presiden Amerika Syarikat (AS) daripada parti Republikan, Donald Trump dalam pelbagai aksi mimik muka.

Syarikat yang berpangkalan di wilayah Shandong itu mengeluarkan produk tisu tandas berkenaan kerana bengang dengan kenyataan anti Beijing yang dibuat Donald, baru-baru ini.

Sejak Februari lalu, jualan tisu tandas itu meningkat naik, lapor syarikat berkenaan.

Tisu tandas yang dinamakan ‘Dump with Trump’ memaparkan pelbagai ekspresi muka Donald itu dijual pada harga 50 sen setiap gulung.

Jurucakap Qingdao memberitahu China Daily, syarikat tersebut menerima 100 gulung tempahan pada permulaan penjualan dan tempahan kini meningkat 5,000 gulung.

Antara yang menggunakan produk itu ialah bintang bola sepak wanita kebangsaan AS, Sydney Leroux yang berpuas hati dengan produk itu.

Atlet itu memuat naik gambar tisu tandas itu di laman Instagram bulan lalu.

Syarikat itu berkata, kebanyakan pembeli dari AS.

Qingdao turut menjual tisu tandas memaparkan wajah calon presiden mewakili parti Demokrat, Hilary Clinton tetapi purata penjualan lebih rendah daripada Donald.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.