3 borang pencalonan PRK Kuala Kangsar dibeli – SPR

3 borang pencalonan PRK Kuala Kangsar dibeli – SPR

Kemungkinan banyak yang datang beli borang itu tetap ada.

kuala-kangsar

KUALA KANGSAR:
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Perak mengesahkan tiga borang pencalonan dibeli setakat semalam, menjelang hari penamaan calon PRK Parlimen Kuala Kangsar esok.

Pengarahnya Ahmad Adli Abdullah berkata ada kemungkinan pembelian borang itu bertambah pada saat-saat akhir.

“Kemungkinan banyak yang datang beli borang itu tetap ada,” katanya.

PRK Kuala Kangsar diadakan berikutan kematian Ahli Parlimennya Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas.

BN menamakan Datin Mastura Mohd Yazid, isteri Allahyarham Wan Mohammad Khair-il Anuar, sebagai calonnya manakala PAS meletakkan Ketua Dewan Muslimat PAS Perak Dr Najihatussalehah Ahmad.

AMANAH pula mencalonkan bekas profesor Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Dr Ahmad Termizi Ramli.

Selasa lepas, penolong setiausaha Pemuda UMNO Cawangan Taman Cempaka di Selangor Syed Rosli Syed Harman Jamalullail menyatakan hasrat bertanding sebagai calon Bebas pada PRK Kuala Kangsar.

Proses penamaan calon diadakan di Dewan Jubli Perak Kuala Kangsar bermula 9 pagi esok.

Sebanyak 32,949 orang layak mengundi pada PRK itu mengikut daftar pemilih SPR sehingga 7 Mei lepas.

-BERNAMA

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.