Sabotaj MyIMMs: 15 pegawai dibuang kerja, 14 lagi digantung

Sabotaj MyIMMs: 15 pegawai dibuang kerja, 14 lagi digantung

Kesemua 37 pegawai itu terdiri daripada pegawai dan kakitangan pelbagai skim perkhidmatan peringkat sokongan yang bertugas di pintu masuk utama negara.

MyIMMs

PETALING JAYA:
Seramai 15 pegawai imigresen dibuang kerja, 14 lagi digantung dan lapan ditangguh pergerakan gaji selepas dikesan terlibat mensabotaj Sistem Imigresen Malaysia (MyIMMs).

Tindakan tatatertib itu diambil sejak Februari yang lalu.

Menurut laporan Harian Metro, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Seri Sakib Kusmi mengesahkan kesemua 37 pegawai itu terdiri daripada pegawai dan kakitangan pelbagai skim perkhidmatan peringkat sokongan yang bertugas di pintu masuk utama negara.

“Selain itu, kita juga sedang dalam proses membuat pertukaran tempat bertugas terhadap 63 pegawai dan kakitangan di pelbagai peringkat,” katanya pada sidang media sempena lawatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Menurut beliau lagi, siasatan dalaman pihaknya mendedahkan aktiviti sabotaj berlaku sejak 2010 didalangi ejen di luar negara.

“Mereka menggunakan rakyat tempatan termasuk pegawai imigresen yang membantu dalam aktiviti sebotaj sistem MyIMMs,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.